Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Monday, 21 December 2009

Cuci Mata di Sempadan

Muzium Tengku Anis (Muzium dlm taman)



Kastam dekat Pengkalan Kubor


Kita orang satu family ni kalu bab berposing memang pakar


Pemandangan di Tak Bai




Pa'yo dengan gaya gedebe dia

Tak Bai punya tempat rekreasi kot




Nampak cantik teringin nak tgk lebih dekat Tak Bai ni

Tak Bai , Thailand

Pasangan romantis...huhuhuhu








Duduk atas Menara ni dapat tgk view yang ada di Tak Bai
Rumah Api milik Kerajaan Malaysia
Ni beberapa foto yang sempat aku tangkap masa kita orang melawat Taman Tengku Anis (Permaisuri Kelanta) dekat Pengkalan Kubur, Tumpat Kelantan yang bersempadan dengan Tak Bai, Thailand. Pemandangan dekat sini memang cantik dan menenangkan fikiran kita tapi sayang penyenlenggaraannya tak dijaga dengan sempurna, sampah sarap merata-rata. Lagi satu jalan raya nak ke situ pun teruk dan tak dipromosikan dengan meluas padahal tempat ni berpotensi menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik di kelantan.






























































































































Tuesday, 15 December 2009

Mengarut di pagi selasa

Aku ni kerja kerani cabuk jer… tapi job scoop aku kat department tu lebih pada akauntan pulak - kira untung rugi department aku buat. Pendek kata kalau bab spreadsheet punya kerja boleh katakan aku yang kena buat tak kira benda tu aku tahu ker tidak…nasib baik gajinya & boss ok kalau tak dah lama aku cau dari company ni.

Masa sekolah dulu dahla aku ni lembap sikit bab kira-mengira, alih-alih dapat kerja pulak kena buat benda alaf ni. Mula-mula kerja hari tu aku zero knowledge bab Microsoft Excel, nasib baik Kak Ila ada (dia salah seorg execution dealer yg terbaik kat aku punya department tu) untuk tunjuk ajar aku. Hmm… kalau dia tak ada susah juga aku nak buat kerja ni.

Lagi satu, kat department tu akulah paling muda yang lain dah 30 thn ke atas, baik lelaki atau pompuan semua sudah berkeluarga. Hmm.. yg tak kawin pun ada tapi bkn melayu… huhuhuhu ni antara sebab mengapa aku still lagi single mingle… ceh gedik punya ayat.

Tak dinafikan aku memang suka kerja dekat sini.. sebabnya aku boleh tahu bab-bab pelaburan, keadaan ekonomi dalam atau luar negara dan banyak lagi maklumat tentang isu semasa ni. Dulu kalau baca suratkhabar manala aku nak ambil tahu pasal ni semua, selalunya pasal sukan dan gossip artis jer yang jadi focus aku.

Di sini juga membuatkan aku menyimpan cita-cita untuk jadi seorang dealer satu hari nanti…. Harap dapatlah aku capai.. huhuhuhu…

Friday, 11 December 2009

Lupa

Lupa... hmm salah satu habit aku yang tidak boleh nak dibuang sampai sekarang. Entahla... disebabkan habit ni, bulan ni aku terpaksa pulak membazirkan wang untuk beli tiket LRT, nak buat macam mana kad LRT bulanan aku untuk bulan ni entah kat mana aku buang...adoiii angin jer aku dengan 'kelalaian' aku ni... agaknya memori otak aku tak boleh simpan banyak kot.. tak pun terlebih makan semut kot... huhuhuhuhu.. nasib baik habit ni tak melarat sampai ke ofis kalau tak mau kena bambu ngan Big Boss

Wednesday, 2 December 2009

Hajat Tak Kesampaian

Hmmm…. Balik kampung minggu lepas ingatkan dapat main bah @ banjir last-last main lumpur la gamaknya. Aku balik jer terus surut air sungai adusss… tahun ni pun kempunan nak main banjir..

Tapi ada berita gempak ++ kelakar pun ada gak masa aku balik tu, Mek aku tu tetiba jer bagitau yang bestfriend dia Kak Mah cuba nak jodohkan aku untuk anak lelaki dia si Hisham almaklum adiknya Hisham, Hafiz dah nak kawin. Makanya Kak Mah tu risaula sebab Hisham jer satu-satunya anak lelaki dia yang belum kawin lagi tu yang muncul idea gila dia nak menjodohkan aku dengan anak teruna kesayangannya. Kononnya dengan idea tu dapatlah mengeratkan lagi persahabatannya dengan Mek aku.

Nasib baiklah Mek aku tu tak memaksa aku umtuk setuju dengan idea dia ngan Kak Mah tu. Adoiii… tak ader maknanya aku nak terima si Hisham tu jadi ‘Soul mate’ bukannya aku tak tahu perangai dia yang boleh dikatakan ‘player’ nombor satu kat sekolah dulu. Lagi satu dahla kita orang satu kampung selang beberapa rumah jer rumah dia ngan rumah aku…huhuhuhu minta simpang malaikat 44+44 lagi. Lagipun ini hanya perancangan Mak aku dengan Mak dia jer entah-entah dia pun tak suka kat aku.

Ok habis kat sini jer citer ini tak yah nak panjang-panjang memang tak jadi pun rancangan mak aku tu awal-awal aku dah tolak….

Cuti 4 hari aku kat kampung banyak dihabiskan dengan jemputan kenduri kawin jer… hmmm… ni lagi satu perangai orang Kelantan yang tak berapa aku berkenan. Masa rayala dia orang nak kawin bukannya aku nak menghalang meraka semua nak ‘mendirikan masjid’ tidak sama sekali… tapi cubalah bertimbang rasa sikit semasa raya nilah kita nak jumpa kaum kerabat yang lain.. kan dah menimbulkan konflik mana nak hadiri jemputan kawin mana nak menziarah sanak saudara…hmmm..entahla…..

**** Pesanan untuk diri sendiri tidak akan sekali-kali kawin masa raya ataupun bulan November dan Disember sebab tak nak menyusahkan orang ramai faham-faham jer la Kelantan masa ini kan musim banjir…..huhuhuhu

Monday, 23 November 2009

Hari Raya Haji

Beberapa hari lagi Umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban/Haji di kampungku. Dulu masa zaman kanak-kanak rebena, aku tak berapa seronok untuk menyambutnya almaklumlah raya ini, orang kampungku tak ramai yang bagi duit raya…. Kalau seronok pun cuma dapat tengok orang sembelih lembu dan kita adik-beradik akan mengira berapa bekas @ jelok daging yang akan kami dapat.

Dah meningkat dewasa ni aku mula menghargai dan menikmati erti sebenar Hari Raya Qurban yang padaku lebih besar maknanya daripada Raya Puasa. Tiapkali raya haji aku seboleh mungkin akan cuba pulang ke kampung untuk meraikannya. Kebiasaan, penduduk kampungku banyak yang melakukan korban pada hari raya pertama iaitu selepas sahaja solat raya. Kita penduduk sekampung akan turun beramai-ramai ke kawasan lapang yang berdekatan dengan sungai untuk melakukan ibadat qurban ni. Kami saling membantu melakukan kerja-kerja memotong daging-daging tu untuk dibagikan pada setiap penduduk kampung. Sesetengah daripada kami yang melakukan qurban itu ada yang lebih suka mengadakan kenduri untuk menjamu masyarakat kampung dan sebahagiannya pula lebih suka membahagikan daging mentah sahaja.

Dari dulu sampai sekarang tradisi menyambut Hari Raya Haji kat kampungku tak pernah berubah malah makin bertambah ramai yang melakukan ibadat qurban ni. Boleh dikatakan adik-beradik lelaki dekat rumah aku akan kekenyanganla bila tiba musim ni. Hmm… mau taknya boleh dikatakan setiap hari ada sahaja rumah yang membuat kenduri kesyukuran. Paling pasti masa nilah gigi aku tak berfungsi dengan baik asyik sakit memanjang sebab hari-hari ‘duk ratah’ daging lembu badan pun dan sebijik macam lembu betina….huhuhuhuhu

Pernah satu kali, aku tak dapat balik beraya haji dekat kampung… hmmm waktu usah cakaplah tahap keboringan dan tak bermaknanya rayaku. Dekat KL suasana Hari Hajinya tak semeriah dan seseronok dekat Kelantan dan boleh dikatakan macam tidak menyambutny, tu pada akulah tak tau lah pada orang lain. Oleh sebab itu, bila tiba musim raya haji ni aku sedaya upaya akan pulang ke kampung.

Untuk Semua Umat Islam Selamat Menyambut Hari Raya Haji dan Selamat Menjalankan Ibadat Qurban bagi mereka yang melakukannya dan tidak lupa kepada yang mengerjakan Haji itu semoga mendapat Haji yang Mabrur…. Wassalam

Wednesday, 18 November 2009

Boh datang lagi......

Huhuhuhuhu.... tak sabar nak blk kampung next week nak main air boh @ banjir. Harap-harap dapatla buat rakit dengan batang pisang tu... herm dah lama bebenor aku tak main air boh ni, sejak duk sini....

Friday, 6 November 2009

Lagi gambar Pantai Genting

Hijau mata memandang huhuhuhu....
Jejaka2 kacak kat kgku huhuhuhu...
Pa'yo tak yah tunjukla body cam cicak kubin tu.....
Happy together....huhuhuhu
Akim tu tengok apa kat bawah... tak terbangnya....huhuhuhu Overboard pulak si Aju tu.... perasan nak jadi supermodel ler tu.....

Anak manja abah ni...huhuhuhu












Wednesday, 21 October 2009

Pulau Seratus

Kampug Pulau Seratus...huhuhuhuhu
Pulau Seratus

Sebenarnya, sudah lama aku nak menceritakan tentang kampung kesayanganku ini. Tetapi selalu tidak berkesempatan untuk melakukannya. Oleh itu, untuk entry kali ini aku akan memberitahu serba sedikit tentang Pulau Seratus. Pulau ini terletak dalam kawasan jajahan Tumpat, Kelantan. Ianya terletak di hilir Sungai Kelantan dan jika tidak silap perkiraanku kalau hendak ke Ta’Bai, Thailand pun boleh melalui kawasan pulauku ini. Untuk Pengetahuan semua Pulau Seratus tidaklah boleh hendak aku samakan dengan Pulau Langkawi, memang ‘jauh panggang dari api la’ jawabnya. Namun demikian, kampungku ini ada keistimewaannya tersendiri dan bolehla dikatakan ‘masih dara’ kukatakan begitu kerana pulau ni hanya boleh dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan sungai sahaja. Bagi yang berangan nak tayang kereta BMW ke Merce ke Camry atau sewaktu dengannya tu kusarankan baik batalkan jer sebabnya, pakai kereta mahal-mahal pun kena tinggal kat Tanah Besar gak.huhuhuhu…

Penduduk di Kampung ini memang majoritinya adalah orang melayu, setakat ini aku belum jumpa lagi mana-mana bangsa lain kat kampung aku tu.(Nampaknya kampungku tak leh nak praktikkan gagasan ‘Satu Malaysia’ yang dibawa oleh PM kesayangan kita, Dato Seri Najib tu .). Kebanyakan penduduknya berkerja sendiri seperti nelayan, tukang buat rumah, petani- rasa-rasanya macam tak der, paling ramai berniaga kecil-kecilan seperti dodol, kerepek, pucuk paku, lidi dan lain-lain. Ibuku yang kupanggil ‘Mek’ dalam dialek Kelantan, juga merupakan salah seorang peniaga dodol. (Ada masa nanti aku akan terang cara-cara membuat dodol warisan keluarga kami ni berserta dengan photonya sekali….InsyAllah).

Purata jumlah penduduk Kampung Pulau Seratus adalah lebih kurang 32 rumah sahaja dan dalam isi rumahnya lebih kurang lima orang, ni cuma anggaran jer. Aku boleh katakan mengingati semua nama penghuni Pulau Seratus. Kampungku masih mengekalkan nilai-nilai kejiranan yang telah lama tidak diamalkan oleh warga sekarang terutamanya warga kota. Satu lagi keistimewaan Pulau Seratus adalah diyakini seratus peratus tidak akan ada kejadian mencuri, merompak, merogol atau seumpamanya. Ini adalah sebabkan kerana kalau kita nak kemana-mana sampai berbulan-bulan tanpa kunci pintu rumah pun tak akan ada barang-barang hilang.bestkan….nilah salah satu sebab aku respect sesangat penduduk Pulau Seratus ni.

**** Aku sambung lain kali lak yer….. memori aku dah putus jap sebab malassssssss…..huhuhuhu

Monday, 19 October 2009

Daun Sup atau Daun Ketumbar

Kebiasaan bagiku kalu hujung minggu tiba mesti lepak kat umah kak Dah kat kuarters UPM tu. Kebetulan last week dia buat makan-makan sikit untuk kekawan dia dan abg iparku. Aku dijemput khas untuk memasak ceh!!!! bukan memasak sebenarnya tolong apa yang patut jer @ menyediakan bahan-bahan masakan. Tukang masaknya Kak Pah sepupu kita orang tu.

Nak dijadikan cerita, malam sebelum tiba hari event tu, aku menemani Kak Dah ke Pasar Borong yang berdekatan dengan kuartersnya untuk membeli bahan-bahan masakan yang akan disediakan oleh Kak Pah tu. Sampai kat pasar borong itu kita mula mencari bahan-bahan tersebut antaranya kerisik,santan, ikan tokol @ aya, undang, ayam, tembikar dan banyak lagila untuk dibuat nasi dagang.

Dalam tengah duk membeli tu, kita singgah dekat bahagian sayur-sayuran sebab Kak Dah bercadang nak buat bihun goreng sekali sebagai menu tambahan untuk nasi dagang tu. Lalu dia menyuruhku mencari daun sup untuk ditaburkan atas bihun goreng nanti, aku pun dengan selambanya mengambil satu ikat daun yang ada kat sebelah tu macam confirm jer sebijik daun sup. Dengan konfidennya aku bertanya kat mamat bangla yang jaga kedai tu "Ni daun sup berapa harganya?" kutunjukkan daun sup tu dekat dia "Yeh! adik tu bukan daun sup, tu daun ketumbarla"Ayooo..daun sup ngan daun ketumbar pun leh tak tau" Tokei dia pulak menambah

Adusss...malunya aku dahla ada satu family lain kat situ tersenyum-senyum kat aku, kakak aku pun ikut sama menayangkan senyum kambingnya kat aku. Hmmm....manala aku tau tu daun ketumbar dah nampak sebijik macam daun sup. Kak Dah pulak dengan selamba menyindirku lain kali ringankan tangan jengukkan diri ke dapur ini tidak tahu makan jer kerjanya. Tu aku tak leh nafikanla, aku memang tersangatla malas nak memasak. Almaklumla kalu kat kampung emak aku tu mana pernah suruh anak pompuannya memasak tau-tau makanan dah siap kat atas meja.

Ingatkan kejadian tu habis kat situ jer.. Kak Dah ni memang mulutnya tempayan dibagitau pulak dekat semua kat umah tu. Hmm.. malu lagila aku, moral of the story aku kenala ambik tau sikit pasal benda-benda alaf ni... huhuhuhu

Dan hari tu juga, Kak Pah bagi tip kat aku dia cakap memangla daun sup dan daun ketumbar nampak sama, cara nak bezakannya ialah baunya. Hmm... yerla aku baru teringat masa aku ambik daun ketumbar hari tu dia punya bau memang tak sama dengan daun sup. Thks Kak Pah...

Friday, 16 October 2009

Masihkah Kau Ingat????

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
kuselit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekumtum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat


*** Sebenarnya lagu ni tak ada kena mengena langsung dengan hidup aku, cuma aku suka sangat dengar lagunya puitis gitu. Lagu orang dolu-dolu berseni sikit berbanding lagu sekarang yang entah apa-apa.

Tuesday, 6 October 2009

Ambil Angin dekat Pantai Genting

Comelnya budak tu...huhuhuhu
Pandainya Ila ngan Akim berposing candid gitu





Pa'yo ni memang suka sgt bergambar nak gak menginterprenkan diri huhuhuhuh...
Wah...syoknya mandi laut lain kali kena dtg lagi ni

Control ayu lak minah ni...huhuhuhuh
Jangan salah faham ni bkn couple tp adk-beradk...huhuhuhu
Kolik yang selalu perasan macho uwekkkk
Tiga heroku, Pa'Yo, Kolik and atas tu adk kesayanganku Akim

Romantiknya Kak dan Abg Iparku ni, diorang berdua ni sama-sama membesarkan badan huhuhu..

Aju posing mengalahkan model lak huhuhu...
Pa'yo and Akim ni fanclub Chelsea
Aku,Pok Ye, Pa'yo, Akim dan anak sedara Ila
Cuti Raya hari itu, aku dan family buat plan secara tetiba pergi ke Pantai Genting di Tumpat, pada raya ke-3. Pantainya bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh, walau tak sepopular pantai-pantai yang lain tapi bagiku dia punya view tak kurang cantik malah aku rasakan lagi cantik dari Pantai Cahaya Bulan tu.

Syok sesangatla dah lama tak berendam dalam air, huhuhuhuhu....rasa macam tak nak balik jer duk kat pantai.