Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Monday 22 March 2010

KHAIRUNNISA BINTI MOHD HASRUL



















Tanggal 11 Mac 2010, kakak Raudhah telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.6kg. Walaupun kelahirannya tidak secara normal (terpaksa dibedah) tetapi kami sekeluarga menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan gembira kerana kedua-duanya selamat. Paling menggembirakan kakakku, anaknya lahir sehari sebelum ulangtahun perkahwinannya yang pertama (Kakakku kahwin pada 12.3.2009 tahun lepas).

Khairunnisa diberi namanya “sebaik-baik kejadian” harapan Mak Teh agar Nisa membesar seperti maksud namanya. Beberapa photonya yang sempat kurakam semasa pulang ke kampung jumaat lepas (19.3.2010).
**** Pls: Nisa mewarisi kecomelan emak saudaranya huhuhuhuhu.......

Tuesday 16 March 2010

Annual Dinner MyCompany 2010










Beberapa keping gambar yang sempat diambil masa "Annual Dinner 2010" jumaat yang lepas.... Majlisnya bolehla tahan...buat aku yang tak berapa nak bersosial ni (huhuhu...). Sebenarnya gambar-gambar ni semua bukan aku yang shootkan tapi Kak Aishah....tu pasal aku punya muka terlebih banyak terpampang...






Wednesday 10 March 2010

Pesta Buku Datang Lagi (19-29Mar 2010)

Tak sabar nak tunggu harinya. Nasib tahun ni aku dah senaraikan betul-betul novel yang bakal aku beli kalau tak mampus…mesti terlebih spend punya.
Tahun ni aku mungkin banyak memborong novel keluaran Jemari Seni dah survey dah novel-novel tu rasanya lebih kurang RM150.00 kesemuanya. Lagi RM100.00 kena spend kat Po’ye minta aku beli buku-buku SPMnya sebagai hadiah birthday dia. Hmm…. time nilah rasa bagusnya kalu ada bf boleh cilok dia punya duit huhuhuhuhuhuh…..

Kena senarai novel yang nak diburu ni :-

1. Jaja & Din –Jemari Seni
2. Damai – Jemari Seni
3. Rumput Masih Hijau – Jemari Seni
4.Versus – Jemari Seni
5. Pada Angin Aku Berpesan – Jemari Seni
6. Saat Kau Kata Cinta – Alaf21
7. Sigaraning – Jemari Seni (Dlm pertimbangan)


**** Sebenarnya banyak lagi novel yang hendak dibeli tapi aku terpaksa tapis-tapiskan untuk disesuaikan dengan keadaan kewanganku huhuhuhuhu…..