Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Showing posts with label Memory Sweet Sourku. Show all posts
Showing posts with label Memory Sweet Sourku. Show all posts

Wednesday, 14 January 2015

Hargai apa yang kita ada

Dulu waktu sekolah, aku sering mengeluh kenapala aku dilahirkan dalam keluarga yang tak berapa nak kaya dan ramai pulak adik-beradik. Selalu terdetik di hatiku bestnye kalu jadi anak orang kaya, @ datuk, tan sri , menteri2 ke, sultan ker... Itu dulula masa kanak-kanak rebena.

Sekarang bila fikir balik aku bersyukur dengan apa yang aku ada, sebab jadi budak kampung Pulau Seratus la aku dapat rasa mandi sungai, main pondok-pondok, bergaduh dengan bebudak lelaki hanya sebab permainan jer, panjat pokok @ mencuri buah koko,rambutan,rambai, langsat, jambu, mangga, manggis, banyak lagi yang teringat. Selalu kena sound kat arwah Mok Joh dan Mok Noh (al-fatihah utk kedua-duanya) pasal suka sangat curi buah-buahan yang mereka  simpan untuk anak cucu mereka yang setahun sekali balik tu. Nasib baik ada kita orang ni yang tolong menghabiskan buah-buah tu dari terbiar kat atas pokok jatuh membusuk jer.. Hmmm.. haihh Ya Allah ingat balik masa kekanak banyaknya buat hal.

Sekarang, walau hanya balik setahun dua tiga kali jer kat kampung, tetapi hati aku tetap sentiasa berada di kampung. Insha Allah apabila di hujung waktu usia nanti, aku memasang angan-angan untuk tetap mendiami Kampung Seratus, walaupun kini majoriti penduduknya dah hampir ramai yang berpindah ke tanah besar.

Sekadar gambar hiasan--- :)

Monday, 5 October 2009

Memory Sweet Sour - Prolog

Prolog

Assalamualaikum,

Sebenarnya telah lama aku ingin mengabdikan segala cerita suka dukaku semasa kanak-kanak hingga aku meningkat remaja di dalam blog ini. Namun ketiadaan waktu (sebenarnya malas @ tak tau nak olah camne huhuhuhu) lagi satu aku bukannya nak mempromosikan ceritaku tapi saja-saja nak mengimbas/mengingat kembali kenangan dulu yang tak mungkin akan aku lalui lagi.

Kenapa aku namakannya memory sweet sour sebab setiap manusia mesti ada masanya suka atau tidak akan ada waktu gembira, sedih, marah, sakit dan sewaktu dengannya. Tetapi tak semua kenangan zaman kecilku itu dapatku ingat semua cuma mana-mana yang betul mengesankan hatiku jer yang boleh aku luahkan disini.

Cerita ini tak akan kubuat secara urutan, Cuma aku hanya akan menaipnya bila memoriku ingat akan sesuatu peristiwa barulah aku luahkannya disini. Untuk permulaannya telah kutaip pada jumaat yang lepas 10.2.2009 tentang zaman kanak-kanak rebena yang tak tau dosa pahala suka sangat mencuri hak orang terutamanya buah-buahan. Banyak lagi aksi-aksiku yang dulu bikin Mek pening kepala dengan anak perempuannya yang tak macam pompuan ni….dulula skrg dah jd perempuan terakhir dah gamatnya…hahahahah

Hmmm…so layan jerla mana yang baik datang daripada Allah dan yang buruk tu of cosla daripada aku..huhuhuhu…..

Friday, 2 October 2009

Memory Sweet Sour - 1

Bahagian 1 - Disengat Lebah

Pagi ini cuaca amat baik seolah-olah merestui rancangan aku, Barokah dan Lan Bisu untuk pergi mencuri buah koko di kebun Tuk Sedaraku, Pak We tu. Kebun buah kokonya itu sangat luas dan banyak yang sedang masak ranum buahnya. Tetapi sayang seribu kali sayang Tuk Sedara aku tu amatlah kedekut orangnya, bini dia pun sama gak memang sehati sejiwa gitu.

“Ijan! Nanti kau panjat ek… aku ngan Lan tolong pungut buah tu” Barokah mula mengeluarkan arahannya, “hmm..memangla aku yang panjat nak harapkan kau orang berdua kempunanla aku nak makan koko ni” Barokah tersengih-sengih macam kerang busuk kat aku, sedar dirinya tu tak pandai langsung kalau bab panjat-memanjat pokok. Nak harapkan si Lan Bisu tu lagila haram… Dibuatnya dia tetiba jatuh pokok tak ke susah aku ngan Barokah nak explain kat Pak Mat dan Mak Esah tu. Lagi haru kalau Pak Mat tu mengamuk satu kampung Pulau Seratus ni tak cukup tanah aku nak lari.

Kalau nak dikira umur kami bertiga ni, Lan Bisu tu paling tua tapi kesian dekat dia sejak azali lagi dah bisu dan terencat akal tapi kami berdua tak pernah pulak nak mengejek dia. Manakala aku pulak, tua setahun daripada Barokah dan agak kejantanan sikit, apa yang budak lelaki suka itulah yang aku suka. Barokah pulak memang budak perempuan tulen gitu, itu yang aku agak pelik macam mana kita orang boleh lak jadi bestfriend. Untuk part tu aku story mory kemudian.

Setelah sampai tempat yang dituju, aku mencadangkan agar kami memilih pokok koko yang berdekatan dengan sungai yang kami panggil Pengkalan Mok Su tu dulu. “Ok, kau orang sedia aku nak panjat ni’ “Ok.” Barokah dan Lan masing-masing sudah bersedia menunggu buah yang akan aku jatuhkan. Aku pun mula menunjukkan ketangkasan memanjat dari dahan ke dahan dan mula menjatuhkan buah-buah koko yang masak tu… yummy

Dalam sedar tak sedar lebih kurang 11 biji dah aku jatuhkan. “Hmm.. ambik satu lagi cukupla leh bagi sama rata nanti’ gumam aku dalam hati. “Wei.. kau orang, ni yang last punya, aku dah tak tahan nak makan ni,” Sambil memberitahu Barokah dan Lan aku melemparkan buah koko yang terakhir tu ke bawah. Entah macam mana dan bagaimana tetiba buah koko tu terkena sarang lebah yang kami tak sedari ada dekat situ. Barokah yang mula-mula menyedari akan hal tersebut, terlebih dulu melarikan diri tinggal aku dan Lan Bisu jer dekat situ. Apalagi aku cepat-cepat turun dari pokok nasib tak jatuh jer dan dengan tergopoh-gapah menuju ke Sungai Mok Su untuk menyelamatkan diri, Lan turut melakukan hal yang sama.

Nasib baik lebah-lebah tu tak banyak sangat, namun aku terkena jugak dua-tiga sengatan sakitnya tak boleh nak cakap. Aku tengok Lan lagi teruk kena sengat …kesian dia (harap-harap Pak Mat tak menyalahkan aku pasal ni), dalam pada tu, Barokah datang balik dekat kami untuk menolong…bertuah punya kawan dia satu pun tak kena gigit.

“Sorryla aku tadi tak tau nak wat camne, nampak jer lebah tu aku fikir satu jer lari” Dengan rasa tak bersalahnya Barokah memberitahu kami. Aku rasa macam nak backhand cukup-cukup jer si Barokah ni, nasib dia datang balik tolong kami bawak jumpa Mak (nenek aku)

Sampai jer kat umah nenek, aku terus melalak sakit siot… nenek terus jer keluar bila dengar cucu kesayangan dia menjerit. “Ya Allah, Ijan ni tak der penyakit cari penyakit sapa suruh”Tengok nenek aku dah start nak bagi ceramah dah. “Ore tak tau pulak kat situ ada lebah, kalu tau tak dernya nak pergi, Mak” Aku cuba sedaya mungkin tak menyebut pasal kita orang ambik koko tu. Kalau nenek dapat taubat dia tak sapu ubat untuk aku dan Lan ialah sapa suruh mencuri kan dah kena. Hmm.. apala nasib aku hari ni dahla tak dapat makan koko kena pulak sengat lebah.. alahai kempunan juga nak makan koko. “Takpelah hari ni tak dapat esok masih ada”Barokah macam tau jer aku tengah frust tak dapat makan koko.

Peristiwa kena sengat dengan lebah tak pernah membuatkan aku serik untuk mencuri malah lagi rancak adalah.

****P/s ni cerita benar-benar berlaku, masa aku darjah 3 kalau tak silap perkiraanku. Dulu aku ni salah sorang budak nakal kat kampung…..huhuhuhuhu