Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Wednesday 26 August 2009

Emo adik perempuanku

Pagi-pagi duk kat ofis aku dapat mesej dari satu-satunya adik pompuanku suruh call dia. Aku ngan adik memang sama-sama kedekut topup kalu nak bual panjang jer guna ofis punya kemudahan ha..ha..ha.. nasibla bos dapat pekerja macam aku yang suka buat reta pajabat macam aku punya.



Dan dipendekkan cerita aku pun terus call Aju (nama manja untuk adikku ni) takut-takut ada benda penting yang nak dibagitau. Dengan perasaan marah,sedih dan geram Aju bagitau yang Kak Dah dah 'terpakai' baju raya dia apalagi mengamuk sakanla adik pompuanku sorang ni. Sapa tak mengamuk baju raya orang lain rasmi dulu. "Mu tau Je, dohla aku baru balik keje, dengan tgh lapar nak buka posa. tetiba tgk baju raya ada dlm mesin basuh, aku tanya mek, dia oyak Kak Dah pakai. sedih wek..Nak jer aku marah kat mek tu , ialah masa baju tu siap aku dah try pakai depan mata dia tu. Boleh pulak dia tak tau tu baju raya aku, kalu Kak Dah tu memangla dia tak tau tu baju raya aku," Aju dengan nada marah bercampur sedih meluahkan rasanya ru.

Aku pun tak tau nak kata ape kat dia hmmm... cian pulak aku dengar. Tapi nak buat camne kita tiga beradik ni memang bersaiz lebih kurang jer.. Tak pelah Ju nasib baik ada baju raya lain lagikan.

Tuesday 25 August 2009

Diari Ramadhan Ejan (II)

Huaaah... semalam aku tak leh gak gi terawih (ni bukan nak membanggakan diri tapi cuma dah rasa seronok gi solat jemaah tu). Hari ini aku dah leh puasa balik seronoknya tak usah cakapla. Semalam gak masa balik kerja tu aku sempatla gi bazar orang ramai giler... sampai aku tak dapat apa yang aku nak...tauhu sumbat hmmm... tak pe cuba lak ari ni (chaiyok).

Hmm... ari ni nak makan aper ek.... duk sorang-sorang ni nafsu makan pun dah tak sebesar mana, padahal aku ni memang hantu makan tolak kayu ngan batu jer... :)

*** Dah tau dah nak beli aper, oleh kerana tadi sahur aku makan nasi (nasi dan lauk yang tak habis berbuka dibawa ke sahur he...he..he) ok aku rasa nak makan roti john ngan soya jer...

Monday 24 August 2009

Diari Ramadhan Ejan (I)

Adoiii… kecewanya diri ini dah elok-elok leh puasa 2 ari tetiba ari ni keluar lak bintik-bintik bendera jepun ingatkan dah habis. Hmm… dah termimpi dah ini punya tahun ore dah tak yah ganti puasa… sabar,sabar,sabar… ni namaya dugaan di bulan ramadhan. Petang ni balik keja rasanya terus nak mandi harap sesangat esok dah leh puasa.. (Malam make sure leh gi solat terawih yup..chaiyok)

** Sebelum tu balik ni gi bazaar ramadhan kat Kerinchi tu beli ikan bakar sekor, tauhu sumbat and limau kasturi, nasi masak sendiri…. fuh baik punya planing

Tuesday 18 August 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Tuhan...Telah sering ku terdengar
tentang kebesaran Bulan Ramadhan
Didalam alquran dan sabda junjungan
hanya aku yg sering melupakannya

Dibulan yg mulia ini
Laut penganmpunanMu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya
Tuhan kusedari, kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian..
Semoga di Ramadhan kali ini..
Dapat ku perbaiki..kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku....
Agar subur kehambaanku terhadapMu

Lailatul Qadar pasti menjelma
buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku.....
Agar baktiku tetap padaMu
Biar pun Ramadhan telah berlalu


** Nasyid diatas bertajuk 'Rintahan Ramadhan' best jer dengar tu yang upload kat sini. Untuk semua umat Islam selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.