Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Thursday, 11 November 2010

"Mengsyukuri NikmatNYA"

Ya Allah
Dulu aku sering mengungkit
Mengapa aku selalu dirundung malang
Mengapa aku dilahirkan dari keluarga yang tak berada
Mengapa aku selalu tidak mendapat apa yang kuingini
Mengapa aku....
Mengapa aku....
Mengapa aku...

Tapi kini ya Allah
Baru kumengerti
Setiap yang Engkau tentukan umtukku itu
Adalah yang terbaik untukku

Bantulah Aku ya Allah
Untuk mengingatiMu dalam setiap degup jantungku
Untuk mengsyukuri segala nikmat yang tak terhitung banyaknya Engkau berikan padaku

Bantulah aku ya Allah
Untuk sentiasa beristiqamah dalam beribadah kepadaMu

*****Rintihan hambaMu yang selalu alpa dalam menurut perintahMU

Monday, 11 October 2010

Menunggang Kuda kat UPM


Ahad lepas aku pergi lepak rumah Kak Raudah kat Kuarters UPM. Kebetulan hari tu ada Ekspo sempana konvokesyen UPM ke-34 dan Abang Yo (Abang ipar) pulak menjadi salah seorang urus setia dekat tapak ekspo tu.


Alhamdulillah, event dia agak menarik dan banyak jugalah yang diborong oleh kakak aku tu.. Aku ni pulak cuma jadi 'baby sitter' untuk anak dia (Nisa). Hmm... pengalaman paling aku tak boleh lupa bab tunggang kuda dengan Nisa...syok sesangat, mula-mula naik takut bercampur nervous gak tapi dah duduk atas kuda tu seronoknya tak leh cakap.






***** Gambonya tak berapa cantik sebab ambik ngan tepon yg tak berapa canggih... hmm... menyesal pulak tak bawa camera... huhuhuhuaaaaaaaa....

Saturday, 14 August 2010

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdullah...

Aku masih diberikan peluang untuk menyambut kedatangannya lagi
Insya Allah untuk kali ini akan aku cuba untuk beristiqamah dan berebut ganjaran yang dikurnikanNya pada bulan yang penuh berkat ini.

Allah...
Terlampau banyak dosa yang aku lakukan baik secara sedar atau tidak sedar
Aku benar-benar berharap agar bulan yang penuh mulia ini
Menjadi titik tolak untuk aku mengubah dan mendidik diri ini agar
sentiasa dekat padaMu

Selamat mengharungi bulan Ramdhan dengan beribadat dan memujiNya

Tuesday, 18 May 2010

Kari Ayam

Hari ahad lepas, entah macam mana tetiba aku terlebih rajin untuk memasak. Bukan masak yang cikai2 punya masak kari ayam tu (cayalah ijan). Alahai, ijan ni masak kari ayam pun nak heboh satu dunia.... mau tak heboh, ialah aku dalam ketegori yang amatur dalam bab memasak ni... jadi banggalah gak dapat buat kari ayam..Thumb up lagi..

Kari ayam yang aku buat ni agak special juga sebab aku guna susu segar (Good Day) bagi menggantikan santan. Fuhh... sedap wanginya jer...

Saturday, 8 May 2010

Open Your Eyes - Maher Zain

Look around yourselves

Can’t you see this wonder

Spreaded infront of you

The clouds floating by

The skies are clear and blue

Planets in the orbits

The moon and the sun

Such perfect harmony



Let’s start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind

To push it all aside..

No..



We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way



(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..



Look inside yourselves

Such a perfect order

Hiding in yourselves

Running in your veins

What about anger love and pain

And all the things you’re feeling

Can you touch them with your hand?

So are they really there?



Lets start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us?

Or are we so blind

To push it all aside..?

No..



We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way



(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..



When a baby’s born

So helpless and weak

And you’re watching him growing..

So why deny

Whats in front of your eyes

The biggest miracle of life..



We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look quiet we’ll see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way



(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..



Allah..

You created everything

We belong to You

Ya Robb we raise our hands

Forever we thank You..

Alhamdulillah..

Thursday, 8 April 2010

'Mengata Dulang Paku Serpih'

Cik B adalah salah seorang penyelia kepada Budak C dijabatannya. Apa-apa kerja baik yang berkaitan dengan syarikat atau hal peribadinya banyak diserahkan kepada Budak C ini. Padahal dia cuma penyelia bukannya Bos kepada Budak C tu.

Namun demikian, Budak C ni tersangatlah baik orangnya, dia tidak pernah merungut ataupun mengadu tentang perangai Cik B kepada Bos. Malah menurut sahaja segala suruhan Cik B.

Selain Cik B, dekat jabatan itu Budak C ni agak baik juga dengan Cik A (sebenarnya dengan semua orang Budak C ni baik….baikkan Budak C ni). Dia juga selalu membantu Cik A dalam urusan kerjanya. Hendak dijadikan isu Cik B tidak berapa suka Budak C baik dengan Cik A, contohnya ada satu hari tu Cik A telah meminta Budak C membeli makanan tengah harinya kerana dia kurang sihat.

Setelah Budak C balik dari membeli makanan tersebut, Cik B terus datang kepadanya dan memberi nasihat supaya Budak C jangan terlalu menurut kata Cik A nanti dia akan diperlakukan sebagai budak suruhan Cik A. Hmm… dalam hati Budak C terdetik kata-kata yang tak terluah di hadapan Cik B (mentang-mentangla hari ini dia diet terus sesedap rasa mengata orang lain, padahal selalunya bukan ke aku ni hah yang jadi tukang beli makanan tengah hari untuknya, Cik A tu baru kali ni jer suruh aku yang dia hari-hari duk suruh aku tu apa?????...Sabar jerla…)


Sekadar luahan rasa daripada Budak C yang selalu dibuli…….

Monday, 22 March 2010

KHAIRUNNISA BINTI MOHD HASRUL



















Tanggal 11 Mac 2010, kakak Raudhah telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.6kg. Walaupun kelahirannya tidak secara normal (terpaksa dibedah) tetapi kami sekeluarga menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan gembira kerana kedua-duanya selamat. Paling menggembirakan kakakku, anaknya lahir sehari sebelum ulangtahun perkahwinannya yang pertama (Kakakku kahwin pada 12.3.2009 tahun lepas).

Khairunnisa diberi namanya “sebaik-baik kejadian” harapan Mak Teh agar Nisa membesar seperti maksud namanya. Beberapa photonya yang sempat kurakam semasa pulang ke kampung jumaat lepas (19.3.2010).
**** Pls: Nisa mewarisi kecomelan emak saudaranya huhuhuhuhu.......

Tuesday, 16 March 2010

Annual Dinner MyCompany 2010










Beberapa keping gambar yang sempat diambil masa "Annual Dinner 2010" jumaat yang lepas.... Majlisnya bolehla tahan...buat aku yang tak berapa nak bersosial ni (huhuhu...). Sebenarnya gambar-gambar ni semua bukan aku yang shootkan tapi Kak Aishah....tu pasal aku punya muka terlebih banyak terpampang...






Wednesday, 10 March 2010

Pesta Buku Datang Lagi (19-29Mar 2010)

Tak sabar nak tunggu harinya. Nasib tahun ni aku dah senaraikan betul-betul novel yang bakal aku beli kalau tak mampus…mesti terlebih spend punya.
Tahun ni aku mungkin banyak memborong novel keluaran Jemari Seni dah survey dah novel-novel tu rasanya lebih kurang RM150.00 kesemuanya. Lagi RM100.00 kena spend kat Po’ye minta aku beli buku-buku SPMnya sebagai hadiah birthday dia. Hmm…. time nilah rasa bagusnya kalu ada bf boleh cilok dia punya duit huhuhuhuhuhuh…..

Kena senarai novel yang nak diburu ni :-

1. Jaja & Din –Jemari Seni
2. Damai – Jemari Seni
3. Rumput Masih Hijau – Jemari Seni
4.Versus – Jemari Seni
5. Pada Angin Aku Berpesan – Jemari Seni
6. Saat Kau Kata Cinta – Alaf21
7. Sigaraning – Jemari Seni (Dlm pertimbangan)


**** Sebenarnya banyak lagi novel yang hendak dibeli tapi aku terpaksa tapis-tapiskan untuk disesuaikan dengan keadaan kewanganku huhuhuhuhu…..

Thursday, 11 February 2010

Tentera Paling Beradab????????

Minggu lepas aku tertengok berita kat tv9 (selalunya aku ni memang tersangatla susah nak menonton berita kat tv) yang menyiarkan tentang kenyataan salah seorang menteri Israel yang memberitahu pihak aktivis dunia bahawa TENTERA ISRAEL ADALAH TENTERA YANG PALING BERADAB DI DUNIA. Dengar jer kenyataannya terus terasa loya tengkak aku…. Tergaman sekejap ++++ konfius tang mana baiknya tentera Israel ni aku pun tak tau. :-

Baikkah mereka bilamana dah berbillion nyawa Orang Awam Palestin dibunuh
Baikkah mereka bilamana hanya tahu menlancarkan roketnya dari jarak jauh dan membabi buta
Baikkah mereka yang dengan sesuka hati menceroboh dan memusnahkan Negara Palestin
Baikkah mereka yang sanggup membina tembok tinggi di sempadan Palestin untuk memisahkan Palestin daripada dunia luar.
Baikkah Mereka………………..


Kalau itu yang dinamakan Tentera Paling Beradab tak tahulah aku nak kata apa-apa…hmmmm…donia-donia

P/S : Doakan moga-moga bumi Palestin dikembalikan ke tangan Umat Islam dan sama-sama kita nantikan kebangkitan kembali Umat Islam….. ALLAHUAKBAR

Friday, 22 January 2010

Bahaya tidur dan membaca dalam Tren

Ceh, poyo jer bunyi tajuk diatas tu, sebenarnya peringatan tu khas untuk aku yang kecil comel ni jer bukan untuk mereka yang diluar sana tu..( kan tak pasal-pasal kena diISAkan sebab menghalang dasar kerajaan yang mahu menggalakkan rakyat untuk membaca walau dimanapun) huhuhuhuhu…. Mau taknya aku ni asal tidur jer dalam tren tu terus terbabas sampai ke Taman Jaya punya stesen. Terpaksala stay sampai kat Asia Jaya and then tukar tren lain untuk ke stesen Universiti tempat aku tinggal. Tak ker satu kerja yang bodoh jer kan..kan.kan…. nasib pakai monthly travel kad.

Boleh dikatakan banyak kalilah hal ni berlaku kat aku asal tidur jer terbabas hmmm… memang tidak boleh nak dielakkan langsung, ada tu sampai last stesen Kelana Jaya baru tersedar almaklumla dari stesen Ampang Park ke Universiti tu mengambil dalam 20 minit/setengah jam mau tak terlentok.. huhuhuhu…… Betul-betul menyusahkan, nasib baik time pergi kerja pagi-pagi tu mata aku ni tak buat perangai, kalau tak naya jer aku kena bamboo ngan Boss huhuhuhu…

Selain masalah suka tidur time naik LRT aku juga dilanda sindrom ‘terlebih kusyuk’ kalu duk layan novel sampaikan dah sapa tempat aku pun boleh tak perasaan. Macam semalam aku tengah ralit duk baca novel “On the Run” sampai kat Taman Jaya baru perasan termiss satu stesen. Terpaksala turun kat Asia Jaya untuk yang kesekian kalinya. Hmmmm…memangla kau ni Izan ooooo…. Nasib aku cuma kena naik LRT jer dibuatnya kena naik bas pergi kerja kan ker harubiru jadinya… kalu tetiba datang penyakit ni…..

Moral of the story, aku tidak akan sekali-sekali membaca ataupun tidur dalam tren lagi…hahahahaha ni janji kosong jer kot…

P/S : terlebih free hari sebab tak ada kerja nak buat, Boss pulak outstation tu yang terajin nak mengupload blog ni huhuhuhuhu…..

Berputik Dalam Diam

Berputik dalam diam
Cinta suci kupendam
Kasihku nan membara
Malu atasi segala
Tak pernah ku cuba bersuara

Kita sering bersama
Tanpa mengungkap cinta
Arah dan minat sama
Dan aku jadi lupa
Kita hanyalah teman biasa

Dikau terlalu istimewa
Buatku tiada celanya
Dikau tampan idaman semua

Tapi kucuma gadis desa yang setia
Cinta dan diriku jadi pinggitan hati
Masih adakah ruang buat diriku
Membina bahgia bersamamu

Akan kusetia menunggu
Ucapan cinta kasihmu
Pabila daku tersiksa begini
Fahamilah sayang




Friday, 8 January 2010

Selamat Datang 2010

Awal tahun ni kita dikejutkan dengan isu penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald sebuah majalah kristian katolik. Pelbagai pihak memberi ulasan dan pandangan masing-masing tentang pro dan kontra penggunaan nama ‘Allah’ ke atas agama lain.

Bagi diriku pulak isu ini tidak akan timbul, jika kita umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan tidak lalai dalam mematuhi perintah dan laranganNya. Cuba kita teliti akan intitusi kekeluargaan kita sekarang yang mana ibu bapa terlalu mengambil mudah akan hal didikan agama anak-anak mereka. Malah ada antara ibubapa sekarang yang hanya Islam pada nama sahaja, praktikalnya hampeh.

Aku memang sekali-kali tidak bersetuju akan permintaan pihak gereja itu hendak menggunakan nama ‘Allah’ sebagai kata ganti nama tuhan mereka dalam Bahasa Melayu tetapi aku juga tidak bersetuju dengan pihak yang telah membakar gereja. Kita sepatutnya melawan secara berhemah dengan pihak kristian ni, kalau tidak natijahnya akan terpalit kepada kita juga. Dengan kejadian ini dah mula kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan Islam itu pengganas.

Hmm…. Aku dah tak tau nak kata apa dah… teringat akan satu blog yang baru-baru ini kulayar yang mengatakan “ Penganut agama lain bertambah maju apabila mereka meninggalkan ajaran agama mereka, tetapi Umat Islam akan bertambah lemah apabila jauh dari agama Islam’ lebih kurang begitulah ungkapannya. Aku bersetuju sangat dengan pernyataan tersebut. Fikir-fikirkanlah……