Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Friday, 8 January 2010

Selamat Datang 2010

Awal tahun ni kita dikejutkan dengan isu penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald sebuah majalah kristian katolik. Pelbagai pihak memberi ulasan dan pandangan masing-masing tentang pro dan kontra penggunaan nama ‘Allah’ ke atas agama lain.

Bagi diriku pulak isu ini tidak akan timbul, jika kita umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan tidak lalai dalam mematuhi perintah dan laranganNya. Cuba kita teliti akan intitusi kekeluargaan kita sekarang yang mana ibu bapa terlalu mengambil mudah akan hal didikan agama anak-anak mereka. Malah ada antara ibubapa sekarang yang hanya Islam pada nama sahaja, praktikalnya hampeh.

Aku memang sekali-kali tidak bersetuju akan permintaan pihak gereja itu hendak menggunakan nama ‘Allah’ sebagai kata ganti nama tuhan mereka dalam Bahasa Melayu tetapi aku juga tidak bersetuju dengan pihak yang telah membakar gereja. Kita sepatutnya melawan secara berhemah dengan pihak kristian ni, kalau tidak natijahnya akan terpalit kepada kita juga. Dengan kejadian ini dah mula kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan Islam itu pengganas.

Hmm…. Aku dah tak tau nak kata apa dah… teringat akan satu blog yang baru-baru ini kulayar yang mengatakan “ Penganut agama lain bertambah maju apabila mereka meninggalkan ajaran agama mereka, tetapi Umat Islam akan bertambah lemah apabila jauh dari agama Islam’ lebih kurang begitulah ungkapannya. Aku bersetuju sangat dengan pernyataan tersebut. Fikir-fikirkanlah……

No comments:

Post a Comment