Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Friday, 22 January 2010

Bahaya tidur dan membaca dalam Tren

Ceh, poyo jer bunyi tajuk diatas tu, sebenarnya peringatan tu khas untuk aku yang kecil comel ni jer bukan untuk mereka yang diluar sana tu..( kan tak pasal-pasal kena diISAkan sebab menghalang dasar kerajaan yang mahu menggalakkan rakyat untuk membaca walau dimanapun) huhuhuhuhu…. Mau taknya aku ni asal tidur jer dalam tren tu terus terbabas sampai ke Taman Jaya punya stesen. Terpaksala stay sampai kat Asia Jaya and then tukar tren lain untuk ke stesen Universiti tempat aku tinggal. Tak ker satu kerja yang bodoh jer kan..kan.kan…. nasib pakai monthly travel kad.

Boleh dikatakan banyak kalilah hal ni berlaku kat aku asal tidur jer terbabas hmmm… memang tidak boleh nak dielakkan langsung, ada tu sampai last stesen Kelana Jaya baru tersedar almaklumla dari stesen Ampang Park ke Universiti tu mengambil dalam 20 minit/setengah jam mau tak terlentok.. huhuhuhu…… Betul-betul menyusahkan, nasib baik time pergi kerja pagi-pagi tu mata aku ni tak buat perangai, kalau tak naya jer aku kena bamboo ngan Boss huhuhuhu…

Selain masalah suka tidur time naik LRT aku juga dilanda sindrom ‘terlebih kusyuk’ kalu duk layan novel sampaikan dah sapa tempat aku pun boleh tak perasaan. Macam semalam aku tengah ralit duk baca novel “On the Run” sampai kat Taman Jaya baru perasan termiss satu stesen. Terpaksala turun kat Asia Jaya untuk yang kesekian kalinya. Hmmmm…memangla kau ni Izan ooooo…. Nasib aku cuma kena naik LRT jer dibuatnya kena naik bas pergi kerja kan ker harubiru jadinya… kalu tetiba datang penyakit ni…..

Moral of the story, aku tidak akan sekali-sekali membaca ataupun tidur dalam tren lagi…hahahahaha ni janji kosong jer kot…

P/S : terlebih free hari sebab tak ada kerja nak buat, Boss pulak outstation tu yang terajin nak mengupload blog ni huhuhuhuhu…..

Berputik Dalam Diam

Berputik dalam diam
Cinta suci kupendam
Kasihku nan membara
Malu atasi segala
Tak pernah ku cuba bersuara

Kita sering bersama
Tanpa mengungkap cinta
Arah dan minat sama
Dan aku jadi lupa
Kita hanyalah teman biasa

Dikau terlalu istimewa
Buatku tiada celanya
Dikau tampan idaman semua

Tapi kucuma gadis desa yang setia
Cinta dan diriku jadi pinggitan hati
Masih adakah ruang buat diriku
Membina bahgia bersamamu

Akan kusetia menunggu
Ucapan cinta kasihmu
Pabila daku tersiksa begini
Fahamilah sayang




Friday, 8 January 2010

Selamat Datang 2010

Awal tahun ni kita dikejutkan dengan isu penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald sebuah majalah kristian katolik. Pelbagai pihak memberi ulasan dan pandangan masing-masing tentang pro dan kontra penggunaan nama ‘Allah’ ke atas agama lain.

Bagi diriku pulak isu ini tidak akan timbul, jika kita umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan tidak lalai dalam mematuhi perintah dan laranganNya. Cuba kita teliti akan intitusi kekeluargaan kita sekarang yang mana ibu bapa terlalu mengambil mudah akan hal didikan agama anak-anak mereka. Malah ada antara ibubapa sekarang yang hanya Islam pada nama sahaja, praktikalnya hampeh.

Aku memang sekali-kali tidak bersetuju akan permintaan pihak gereja itu hendak menggunakan nama ‘Allah’ sebagai kata ganti nama tuhan mereka dalam Bahasa Melayu tetapi aku juga tidak bersetuju dengan pihak yang telah membakar gereja. Kita sepatutnya melawan secara berhemah dengan pihak kristian ni, kalau tidak natijahnya akan terpalit kepada kita juga. Dengan kejadian ini dah mula kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan Islam itu pengganas.

Hmm…. Aku dah tak tau nak kata apa dah… teringat akan satu blog yang baru-baru ini kulayar yang mengatakan “ Penganut agama lain bertambah maju apabila mereka meninggalkan ajaran agama mereka, tetapi Umat Islam akan bertambah lemah apabila jauh dari agama Islam’ lebih kurang begitulah ungkapannya. Aku bersetuju sangat dengan pernyataan tersebut. Fikir-fikirkanlah……