Selepas kita orang tengok tu, terasa rugilah pulak tak layan awal-awal cerita ini.. ‘Best giler….menyesalnya dah beberapa episod kita orang dah terlepas’. Walaupun, heronya tak berapa nak hensem tapi ceritanya menarik untuk ditonton.
Cerita ini mengisahkan bagaimana heronya, Trevor Pierce yang menganggap dirinya adalah ‘Cupid Love’- dewa cinta yang datang ke bumi untuk menolong manusia menemukan cinta sejati mereka. Dengan kata lain, dia bertindak sebagai ‘Matchmaker’ untuk setiap mereka yang tak berpeluang untuk menemui pasangan yang betul-betul ideal untuk mereka.
Setiap sirinya memaparkan watak-watak yang berlainan yang menghadapi masalah mencari pasangan hidup. Dengan bantuan Trevorlah semua masalah itu dapat diatasi. Manakala heroinnya, Claire McCrae (Seorang Pakar Psikologi) pulak asyik jadi penghalang untuk Trevor menyatukan pasangan-pasangan tersebut. Itulah serba sedikit synopsis ceritanya.
***Sekarang aku ‘memakesurekan’ siri ini dah masuk dalam kategori wajib tonton. Cerita ini dikeudarakan pada setiap hari Selasa pukul 9.30 malam di 8tv.
***Bawah aku sertakan gambar hero dan heroinnya.
No comments:
Post a Comment