Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Wednesday, 30 September 2009

Keindahan Langit di KampungKu








Sesekali nak gak aku promosi kampungku sendiri. Rasanya tak kalah jugak dengan tempat-tempat yang lain walaupun kemudahan awam dekat kampung agak terhad. Mana taknya bas, kereta, keretapi dan sewaktu dengannya manalah boleh masuk kat kampung aku tu. Satu-satunya cara untuk pergi kat kampungku adalah dengan menaiki bot. Tapi eletrik dan air bersih tu ada ek... kampungku takleh seteruk manapun, malah motorsikal dan basikal pun ada.










Tuesday, 29 September 2009

Rumahku SyurgaKu

Entah penyakit apa yang datang kat aku masa balik kampung untuk raya tu, tiba-tiba jer gian nak ambik gambar umah kesayanganku walau tak seindah dan semewah manapun, tapi rumah itu merupakan hasil titik peluh arwah ayah kami yang binakan.

Boleh katakan banyak juga gambar yang aku tangkap, tu belum masuk gambar yang ditangkap oleh penyibuk@jurugambar yang lagi tak profesional daripada aku, siapa lagi kalau bukan adikku Pa'Yo tu.

kita orang tengok gambar tu makin lama makin cantik lak.Tak sangka rumah kami yang buruk tu boleh jadi comel tengok dalam photo ni. Ajaib-ajaib…….



Taada... nilah dia jurugambar yg tak bertauliah tu, sume gambar-gambar kat atas tu dia yg ambikkan. Agaknya, Pa'Yo besar nanti nak jadi Jurugambar kot. Dia ni kalu bab berposing leh tahan.















Monday, 28 September 2009

Raya 2009

Raya tahun ini tak ada apa yang berbeza sangat cuma dapat Abang Ipar dengan Kakak Ipar jer yang membezakannya. Raya kali aku, Mek dan adik perempuanku Aju sepakat pakai baju color yang sama macam buat tema katakan.

Berikut aku selitkan beberapa photo keluarga yang sempat aku tangkap ketika raya tu.









Monday, 14 September 2009

Buka Puasa At JW Marriot Hotel

Selalunya kalau tiba saja bulan Ramadhan, Boss tidak pernah lupa untuk belanja kami makan buffet dekat mana-mana tempat yang kami suka. Untuk kali ini, aku dan teman sepejabat memilih JW Marriot untuk santapan kita orang. Seperti yang kami rancang pada jumaat 11.9.2009 kita orang serbu Hotel JW Marriot itu. Ini sebahagian photo yang sempat aku tangkap kat sana.
Ni makanan yang aku makan, banyakkan tapi tak habis pun... membazir jer lebih..
Ni entah berapa round dah makan sampai aku pun dah mengantuk time take photo ni...



Best of Sales Dealers in OSK huhuhu..
Wanita-wanita anggun kat departmentku huhuhuhu....


Kak Anne yang sentiasa cool jer....

Hmm.. minah manala tu yang control ayu tu.... huhuhuhu...

Thursday, 10 September 2009

Cupid The Series

Siri ini, pada mulanya tidak menarik perhatian langsung untuk aku tontonnya. Satu hari, Kak Nor (teman serumahku) tetiba jer tergerak nak tengok cerita tu. Dia cakap, kawan sekolahnya bagitau yang cerita ini agak menarik.

Selepas kita orang tengok tu, terasa rugilah pulak tak layan awal-awal cerita ini.. ‘Best giler….menyesalnya dah beberapa episod kita orang dah terlepas’. Walaupun, heronya tak berapa nak hensem tapi ceritanya menarik untuk ditonton.

Cerita ini mengisahkan bagaimana heronya, Trevor Pierce yang menganggap dirinya adalah ‘Cupid Love’- dewa cinta yang datang ke bumi untuk menolong manusia menemukan cinta sejati mereka. Dengan kata lain, dia bertindak sebagai ‘Matchmaker’ untuk setiap mereka yang tak berpeluang untuk menemui pasangan yang betul-betul ideal untuk mereka.

Setiap sirinya memaparkan watak-watak yang berlainan yang menghadapi masalah mencari pasangan hidup. Dengan bantuan Trevorlah semua masalah itu dapat diatasi. Manakala heroinnya, Claire McCrae (Seorang Pakar Psikologi) pulak asyik jadi penghalang untuk Trevor menyatukan pasangan-pasangan tersebut. Itulah serba sedikit synopsis ceritanya.

***Sekarang aku ‘memakesurekan’ siri ini dah masuk dalam kategori wajib tonton. Cerita ini dikeudarakan pada setiap hari Selasa pukul 9.30 malam di 8tv.
***Bawah aku sertakan gambar hero dan heroinnya.




Tuesday, 8 September 2009

BSN, AMPANG PARK

SEMALAM AKU PERGI KE CAWANGAN BSN DEKAT AMPANG PARK UNTUK MEMASUKKAN DUIT BUAT ADIKKU, KHALIK. KETIKA ITU, AKU BARU JER BALIK DARI MASUKKAN DUIT UNTUK PAYED (ADIKKU BAWAH KHALIK) DEKAT BANK ISLAM, TABUNG HAJI. DEKAT SANA NASIB BAIKLAH GUNA MESIN DEPOSIT TAK ADERLA TUNGGU LAMA SANGAT.

NAK DIJADIKAN CERITA, SEMASA AKU SAMPAI DEKAT BSN TU RAMAI SANGAT ORANG TENGAH MENUNGGU GILIRAN, AKU PUNYA NOMBOR PUN DAH DEKAT 151 DARIPADA 123. MULA-MULA TU RASA MALAS JER NAK TUNGGU ,TAMBAH-TAMBAH BULAN PUASA NI KAN, TAPI KESIAN PULAK DEKAT KHALIK YANG NAK PAKAI DUIT...
SEMENTARA NAK TUNGGU GILIRAN, AKU PERGILAH MERAYAU KEJAP DEKAT SEKITAR AMPANG PARK TU.

LETIH MERAYAU AKU PUSING BALIK MASUK BSN, MASA TU DALAM PUKUL 1.30PM NOMBOR DAH DEKAT 140. LAGI 10 ORANG JADI AKU PUN DUDUKLA, SEMASA NAK TIBA GILIRAN AKU, TETIBA DATANGLAH SEORANG KAKAK NI YANG MEMBAWA BARANG JUALAN NAMPAK MACAM TUPPER WARE JER.. DALAM PADA ITU, KAUNTER DEPAN TU BUKA DALAM 4 KAUNTER 2 LELAKI 2 POMPUAN.

YANG 2 CASHIER POMPUAN NI, NAMPAK JER JURUJUAL TU TERUS JER BAGI MASUK KAT DALAM KAUNTER DIAORANG.. HMM.. APALAGI DIAORANG BERDUA TU SANGGUP TINGGALKAN KAUNTER SEMATA-MATA NAK TENGOK APA BARANG YANG DIJUAL TU.
HMM,... DALAM HATIKU DUK TERFIKIR JUGA YANG DIAORANG NI TENGAH BEKERJA TAK KESIAN KER DEKAT PELANGGAN YANG RAMAI TU, TENGAH DUK MENUNGGU GILIRAN. DALAM SKRIN TV KAT DEPAN TU BUKAN MAIN LAGI PROMO PIAGAM BSN YANG UTAMAKAN PELANGGAN. RUPA-RUPANYA INDAH KABAR DARI RUPALA GAMAKNYA.

TERUS TERANG AKU CAKAP KAT SINI, YANG KEBANYAKAN KALAU GOMEN/SYARIKAT MELAYU,PEKERJANYA PUNYA ETIKA KERJA YANG AGAK MENYEDIHKANLA.. DARIPADA DULU..KINI DAN SELAMANYA MACAM TU JUGAK TAK BERUBAH-UBAH. NAMPAKNYA PM KESAYANGAN KITA KENALAH PANTAU MASALAH NI.

Monday, 7 September 2009

Whuuuuaaa Bajet Raya Tak Der..........

Otak aku tengah biul bercampur tension memikirkan bajet nak raya ni. Adoiiiiii… pening stress sesangat memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata gamatnya. Duit…dimana kau duit ohhhhhh… Hmm.. kalau nak difikirkan pasal duit ini sampai bilapun tak akan selesai… asyik tak cukup ajer.. Baik biar macam tu jer tak payah fikir panjang-panjang buat menyemakkan otak jer Ej oiiii…

Nampaknya bulan raya ni aku memang kena betul-betul rancang perbelanjaaan dengan berhemat ni. Chaiyok Ej boleh!!!!!