Mutiara Kata



'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6







Thursday, 8 April 2010

'Mengata Dulang Paku Serpih'

Cik B adalah salah seorang penyelia kepada Budak C dijabatannya. Apa-apa kerja baik yang berkaitan dengan syarikat atau hal peribadinya banyak diserahkan kepada Budak C ini. Padahal dia cuma penyelia bukannya Bos kepada Budak C tu.

Namun demikian, Budak C ni tersangatlah baik orangnya, dia tidak pernah merungut ataupun mengadu tentang perangai Cik B kepada Bos. Malah menurut sahaja segala suruhan Cik B.

Selain Cik B, dekat jabatan itu Budak C ni agak baik juga dengan Cik A (sebenarnya dengan semua orang Budak C ni baik….baikkan Budak C ni). Dia juga selalu membantu Cik A dalam urusan kerjanya. Hendak dijadikan isu Cik B tidak berapa suka Budak C baik dengan Cik A, contohnya ada satu hari tu Cik A telah meminta Budak C membeli makanan tengah harinya kerana dia kurang sihat.

Setelah Budak C balik dari membeli makanan tersebut, Cik B terus datang kepadanya dan memberi nasihat supaya Budak C jangan terlalu menurut kata Cik A nanti dia akan diperlakukan sebagai budak suruhan Cik A. Hmm… dalam hati Budak C terdetik kata-kata yang tak terluah di hadapan Cik B (mentang-mentangla hari ini dia diet terus sesedap rasa mengata orang lain, padahal selalunya bukan ke aku ni hah yang jadi tukang beli makanan tengah hari untuknya, Cik A tu baru kali ni jer suruh aku yang dia hari-hari duk suruh aku tu apa?????...Sabar jerla…)


Sekadar luahan rasa daripada Budak C yang selalu dibuli…….